Mata Melihat, Hati Membaca, Mulut Terdiam, Tangan Meng 'Scroll' Tetikus..

Monday, July 08, 2013

I Would Like To Retire


Assalamua'laikum mata-mata yang MELIHAT,

Assalamua'laikum diri-diri yang MEMBACA,

Assalamua'laikum kawan-kawan yang MENERJAH...


Disebabkan blog ni dah terlalu berhabuk, maka dengan ini disahkan kepenggunaannya akan berterusan..
*Suka tak? Suka tak? Blueerks!! Gedik.. 
Cumanya~~~ tak tau dia akan betul2 agresif atau hanya hangat2 tahi itik je..

Tapi.. kali ini, die akan jadi lain daripada kebiasaannya. Entry sebelum2 ni citer pasal makanan untuk dijual/ditenung/dijeling? Owh! Adakah?? Erk.....
 Tidak Dear Readers.. Serabut otak je tgk makanan yg buat hati terliur & hati tergugat akan keimanannya utk melayan NAFSU MAKAN.. Especially nak menghampiri bulan yang besar keistimewaannya dan lagi berkat iaitu Ramadhan Al-Mubarak.. Tak baik tau menggoda keghairahan nafsu makan orang lain di bulan Ramadhan yg mulia. Hehehe..


"I Would Like To Retire"


Kenapa?kenapa?kenapa? Ayat di atas tertaip? Retire from what?

Rilek brothers & sisters.. Rilek~~~

Dear Readers, I would like to retire from doing my homemade. (ecece..spingking kaw)
Dah lama retire cuma tak umumkan. Bukan apa, kesian kat customer yang call nak order. Mintak maaf lah Dear, dah resign awal2 lagi.. Hehehe.. Atas sebab musabab apa, simple is dah tak rajin macam dulu + komitmen kerja yang full time memerlukan perhatian and I love it..

Macam pelik kan? baru previous ni update blog pasal launching, tetiba dah retire.. Huhu.. Shy, shy, shy... Apa lah kan.. Ni namanya baru hangat-hangit tahi ikan.. Hehe. Takpelah, saya bukan di bidang ini. Ramai usahawan lebih berbakat kat luar sana. Korang kena support.

So, hope korang enjoy untuk baca omelan tangan yang sedia ada kt blog ni lepas ni. Tiada sebarang tempahan dibuat tau.. Tak mau layan lagi.. Hehehe... Let bygone be bygones...







Tuesday, January 08, 2013

Happy Launching Blog S.G.T


Dengan ini, pada tarikh 9 January 2013, Blog So Good Taste dengan rasminya telah dilancarkan..  Hehe..  Sebelum ni orang dok tanya apa blog, apa blog..  Rupanya tengah di BLOCK!  Hahaha..  Untuk yg tak tahu apa kandungan blog ni?  Sudi2 kan lah jenguk satu persatu entry & sudi2 kan lah jugak untuk follow setiap masa.  Walaupun masih baru,  saya tetap berusaha untuk menjadikan blog ni sentiasa ada kualiti dan InsyaAllah akan di update dari masa ke semasa.

Untuk yg tak tahu juga, So Good Taste menerima tempahan untuk homemade bakery, dessert and pastry.  Setakat ni, Alhamdulillah penerimaan customer sangat baik dan order juga sangat menggalakkan.  Yelah, mungkin ada yg tak tahu, saya buat homemade ni sebagai part time saya bila ada kat rumah~~  Bile datang RAJIN dia..  Pergh!!!  Dah lama dah.  Blog ni je yg masih baru (sebab baru pandai nak ber blog sebenarnya).  Shy3!!

Dan kebanyakkan nya juga, customer bukan di kalangan orang kampung sendiri.  Pelik kan?? Tak de apa yg pelik sebenarnya.  Cuma tak di war2 kan di sini.  Hehehe... Sorry!!  Tapi sekarang ni, oleh kerana blog sudah ada, lesen perniagaan sudah ada, customer sudah ada, permintaan jugak sudah ada,  & Bla, bla, bla yg ada lagi (kalau semuanya nak ckp, berjeler), dengan berbesar hatinya saya mewar2 kan apa part time job yg saya buat.  Tengok jelah kt semua entry yg ada kat sini.  Hehehe...

Free Wink Smiley

Di So Good Taste, tempahan dibuka dan boleh dibuat setiap hari bermula dari hari Isnin ~ Jumaat untuk penghantaran atau pengambilan pada hari Sabtu atau Ahad atau pada hari biasa (1 hari yg ditetapkan) mengikut majority request dengan talian hayat 016-3022731/ 019-6994099 atau inbox sendiri kat blog ni atau melalui facebook (berapa banyak atau daaaa...)

http://www.facebook.com/hardiananaib.azri

Anda jelas?  Anda faham?  Bagus~~~  Hehehe...  So, selamat meninjau di blog So Good Taste and Selamat Mengorder semua..

Monday, January 07, 2013

Fruit Jelly & Apam Polkadot

# Pembuka Bicara #

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua & Salam Sejahtera

Kali ni punya entry nak memperkenalkan 2 lagi Homemade saya yang korang semua boleh "order" ye.

First is: (Fruit Jelly)


Actually, pic kat atas ni bukan Fruit Jelly yg saya buat untuk korang order buat makan gitu2 yer.  Pic atas ni sebab ada orang order untuk hantaran.  Alhamdulillah~~  Tapi kalau korang nak order untuk hantaran pun saya boleh buatkan.  No Problem At All!!!
For all information, Fruit Jelly saya ni ada bentuknya.  Korang boleh order untuk 2 size.  "S" size dengan "M" size.  Harga, kiter citer dalam fon or inbox jelah ye nanti.  Hehe..  Apsal? Teruja nak tahu camne rasanya and apa yg terkandung di dalamnya?  Jeng3..  Hohoholiau!!!!  Fruit Jelly ni memang sedap kalau makan sejuk2 (buh dalam peti ais lah), die kenyal2 je rasanya, ada pelbagai perasa (mangga, laici, oren dsb).  Dalam tu jugak saya ada letak buah untuk menambahkan lagi selera korang.  Confirm sodap!!!  Ramai yg suker~~ (poyos sekejap)..  Apa lagi, meh sini order.  Tak yah lah nak malu / segan okeh.


Second is: (Apam Polkadot)


Dot..dot...dot....  Hehe.  Comel tak apam polkadot saya? Okeh, yg ni pulak ialah apam polkadot So Good Taste.  Filling dalam saya guna coklat & strawberry only.  Sebab apa?  Sebab memang itu yg customer saya paling gomar.  Rating tinggi tu untuk 2 jenis filling nih..  Hehehe...  Alhamdulillah sesangat lah kat korang yg pernah order ye..  Repeat order pun ada.  Tu yg terharu sangat3!!!
So, yg belum pernah merasa semua homemade saya, boleh guna talian hayat 016-3022731 untuk tempahan ye.  Terima kasih~~~ 

Kek Coklat Moist & Sponge Di Sini !!!!


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Pengunjung Blog So Good Taste 
(Suker "crazy" korang nak jenguk & baca blog ni.. weeeheeeeee~~~~)

Kejap je dah masuk tahun 2013 kan..  Pejam celik, turun naik nafas jer.  So, rasanya tak terlambat nak wish Selamat Menukar Kalendar dan Tahun Georgia ye semuanya..  Kalau kalendar Islam kita, dah pun berlalu ke tahun 1434H.. Alhamdulillah Wa Syukrillah.

Post kali ni, So Good Taste nak masukkan entry pasal Kek Coklat.  Moist ada, Sponge pun ada.  Baru2 ni jugak, alhamdulillah dapat tempahan untuk Kek Coklat Moist untuk hantaran pertunangan.  Wah!!! Teruja sangat~~~~ lah konon..  Terima kasih lah pada yg mengorder tu kerana memberi kepercayaan untuk saya membuatnya..

So, cakap panjang lebar pun tak guna kalau takde picca kan??  Ha, tau dah..  Korang just excited nak tengok gambar berbanding membaca coretan yg entah hape2 ni ye dak?


(Below is an attachment for your review..hohohoho...spengking kau!!)

"Sebelum Deco"

"Selepas Deco"

Amacam??  Korang tak yah nak pelik sangat ye..  Mesti pelik sebab apa saya terer men "Deco" Kotak tu kan..  For all information, bab deco mendeco, gubah menggubah bukan kerja saya okeh.  Tu hasil gubahan Mak Tersayang saya.  Kalau bab membuat gubahan hantaran, pass je kat mak.  Dan for all information juger, mak saya ni memang hebat membuat gubahan segala gubahan.  Dia memang dah banyak kali buat orang punya hantaran.  So, kami seisi rumah ni memang tak payah susah2 nak pikir upah orang lain.  Kesimpulannya juga, masa saya kawen, mak lah yang saya carik untuk menggubah dulang2 hantaran saya... Chewah!!! Promote~~ Promote~~ Promote..  So, sape2 nak tempah kek atau nak tempah sebarang gubahan, 016-3022731 talian hayatnya ye.  Hahaha...




Sunday, December 30, 2012

New Year 2013 promotion

Kepada semua pengunjung blog So Good Taste :)
Sempena menyambut tahun baru 2013, ada "good news" ni.  Mulai 01/01/2013 ~ 13/01/2013, So Good Taste menawarkan pakej pembelian CREPE sebanyak 3 Set (flavour = durian + blueberry + strawberry) dengan harga hanya RM25 sahaja (Normal Price = RM30).  Tak rasa rugi kan? Bukan itu sahaja.  Dengan pembelian 3 Set ni, anda juga berpeluang mendapatkan free Fruit Jelly..  Erm...Nyummy!!!  Memang berbaloi2...  Berminat?  Cepat..jangan tunggu lama2 lagi.  Selamat  Meng "ORDER" semua. 


Monday, December 24, 2012

Makanan Yang Baik


Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk menarik & menghembuskan nafas kita hari ini.  Walaupun ianya hanya satu pinjaman kepada kita, setiap saat dan setiap umur itu sebenarnya tersangat lah berharga dalam hidup kita.  Tak payah lah nak sia-sia kan macam tu je ~~~ 
So, kat sini, untuk pembacaan semua dan untuk peringatan diri sendiri jugak.  Time2 tengah baik ni, apa salahnya kita berkongsi ilmu ye dak?? (walaupun di situ kelihatan saya agak poyos -- abaikan je)  Dan mungkin disebabkan saya ni menjual makanan, nak kongsi juga info pasal pemilihan makanan dalam kehidupan sehari-harian kita.  Yang paling penting dan tersangatlah penting itu ialah, mestilah memilih makanan yang HALAL.  So, kat sini, jangan lah nak risau.  Semua nya halal-halal belaka dan terjamin dari segi kebersihannya (sbb saya pun cukup cerewet pasal kebersihan).  Jangan nak merepek lelebih, jangan nak membebel lelebih jugak, korang semua boleh baca diam2 eh isi-isi penting yang ingin disampaikan tu:

(Sebelum tu, nak ingatkan..  Jangan lupa, sedekah2 kan lah makanan untuk ikan belaan saya kat sebelah ni.  Kesian dia makanan dah abis)

*********************************************************************************

KEWAJIPAN UMAT ISLAM PRIHATIN SEMASA MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN 

1·         CARA PRIHATIN:
·        Sedar bahawa Allah sentiasa tahu semua yang dilakukan oleh makhluknya
·        Mengamalkan makan, minum, dan pakai untuk ibadat dan tujuan mendapat pahala
·        Berbangga dengan hasil titik peluh sendiri 
·        Menanamkan sifat bangga dengan peraturan agama Islam adalah yang terbaik dan terlengkap

2.       CIRI-CIRI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DENGAN YANG HARAM
·         baik untuk kesihatan dan tidak memudharatkan
·         tidak merosakkan akal
·         menutup aurat bagi pakaian
·         dari sumber yang halal seperti melalui jual beli yang sah / tanaman sendiri dll

3.       HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK.
·        Menjaga kesihatan badan
·        Memelihara kewarasan akal
·        Menjaga maruah diri
·        Dimakbulkan doa

4.       HUBUNGAN MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN DENGAN IBADAT
·        Punca sahnya ibadat
·        Doa mudah diterima
·        Tidak menyalahi undang-undang

5.       KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
         Syarat :
·        Hanya terdapat  makan atau minuman yang haram sahaja
·        Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
·        Makan atau minum bukan untuk kenyang

6.       HIKMAH KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM
·        Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
·        Memberi kelonggaran ketika dharurat kepada umat Islam untuk mnyelamatkan nyawa
·        Melambangkan bahawa ajaran islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya

7.       MENGENALPASTI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM
·        Mengetahui sumber
·        Mengetahui batas-batas syarak yang telah ditetapkan

8.       SEBAB UMAT ISLAM PERLU MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL
·        Menjaga maruah agama supaya diakui yang terbaik oleh agama lain
·        Umat Islam akan dihormati kerana mengikuti peraturan syarak setiap masa
·        Umat islam tidak mudah dirosakkan atau dipengaruhi
·        Supaya ibadah-ibadah lain mudah diterima oleh Allah

9.       HIKMAH MENJAUHI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HARAM
·        Ibadah mudah diterima
·        Menjaga kesihatan dari perkara-perkara yang merosakkan dan memudharatkan.